Apa saja pandangan, pendapat, maklumat dan pertanyaan berkenaan bidang, produk seramik dan sebagainya bolehlah diemailkan kepada sekilo5ringgit@yahoo.com



lawat laman facebook: sekilo5ringgit



Jumaat, 15 Oktober 2010

GLAZE...

Glaze atau licau adalah satu lapisan nipis salutan yang dibakar di atas permukaan produk seramik. Licau mempunyai sifat-sifat seperti bila dibakar ia menjadi keras, tidak larut dalam permukaan asid dan tidak tertelap oleh gas atau cecair. Di dalam penggunaan licau, kesesuaian antara licau dan jasad seramik adalah sangat penting.

Tujuan licau digunakan pada permukaan produk seramik adalah:
1.   Melindungi jasad seramik dari tertelap oleh cecair atau gas.
2.   Lapisan yang menarik, yang menutupi jasad dan memberikan serian ke atas jasad seramik.
3.   Menghasilkan permukaan jasad seramik yang mudah dibersihkan serta menambahkan kekuatan pada jasad.
4.   Memberikan rintangan terhadap cakaran pada jasad seramik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan